Siapakah…..????

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang
tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak
puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-
orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Leave a Reply